24.5.09

Aku Mesti Pergi

Assalamualaikum....masa terus berlalu dan terus meninggalkan kita..ada yang kita tinggalkan dan mungkin tertinggal yang bercerita tentang kita...adakah semua itu manis atau pahit ditelan adalah suatu kehidupan yang tak mungkin kita padamkan..aku mahu terus berada di sini disisi teman temanku bergelak tangis bersama..namun aku mesti pergi

sedihnya nak tinggalkan korang..korang pun mesti sedih jugak(apa aku peduli)..aku terpaksa tinggalkan blog aku buat seketika(a week dan mungkin diplus 2..3.. ari) kerana urusan peribadi dan dipaksa bercuti oleh boss aku kerana aku seorang pekerja cemerlang(tepat sekali,itulah yang kita cari)..aku tidak akan dapat mengupdatekan blog buat seketika dan akan kembali bertugas selepas semuanya kembali normal..segala surat menyurat akan dilayan selepas tarikh yang tersebut dan jika ada kecemasan call aku di nombor 999...sepanjang peninggalan aku ni,untuk menemani korang aku tinggalkan kakji(doll anak buah aku) kat sini..korang borak2 la dngan dia,jangan bagi dia nangis..jangan lupa plak bagi dia susu,kan kebulur plak..in the end..bye

Andai ditakdirkan aku tidak kembali..khabarkan pada semua orang..pada anak anak kita,pada cucu cucu kita,aku pergi berjuang memperjuangkan bangsa ini,menegakkan keadilan,membunuh petualang dan pengkianat di bumi kita ini...ceritakan pada mereka nanti perjuangan aku dan didiklah mereka menjadi pejuang bangsa..

22.5.09

Aku Takkan Menangis

Assalamualaikum....tak pernah terdetik pun dalam ruang hati aku nak menyesal apatah lagi menangis ketentuan ilahi,semua takdir buat aku. walaupun terlalu pahit untuk ditelan tetap aku terima seadanya...mana mungkin aku dapat mengundurkan waktu agar ia kembali ke pangkuan menemani di hari-hariku..redup semalam menceritakan bagaimana aku berduka meratapi saat-saat akhir peristiwa hitam dalam hidup aku,terlalu tragis sampaikan aku bisa rebah menyembah bumi tatkala memandang ia remuk di tangan ku sendiri.aku tidak terdaya melakukan apa pun,hanya mampu terus memandang sambil menahan sebak..aku bersuara sendirian menenangkan hati sambil meletakkannya raket badmintanku yang patah..waaaa..aku baru beli je..tak sampai sebulan..kejam sungguh dunia..partner aku pun satu hal..aku yang kena ambik,yang dia selitkan raket dia apa hal..aku libas plak tak ingat dunia..punah sudah harapanku..pengajaran yang korang dapat dari pengalam hidup aku ni..tak semua keindahan dapat kita kecapi selamanya...belajar menerima hakikat hidup semampu mungkin..

gambar nun jauh di atas sana adalah gambar lelaki..cik iznie kita komplen banyak sangat gambar pompuan...jadi aku letak gambar aku sendiri..lelaki..tuan punye rumah..boleh plak dia panggil aku akak sesebelum ni..tak tengok profile dulu ni kot..tergamam bisu aku dibuatnya...jadi lepas ni diharap tak berlaku kesilapan teknikal atau jantina...gambar blur skit pasal aku edit blur..takut dikesan musuh..ni gambar lama pasal gambar baru semua rambut panjang...takut ada iras pompuan plak..in the end

21.5.09

Aku Nak Kawin

Assalamualaikum...aku nak kawin..mungkin itulah bait ungkapan yang keluar dari mulut bakal pengantin ini(memandai je aku) dan tak mungkin bait itu aku yang ungkapkan buat masa sekarang kerana aku masih muda(tak sedar diri)...masih terpesona dengan zaman remaja(memang tak sedar diri ni)...

rajinnya aku menaip pasal kawin..saje je nak cari mood kawin..sambil tu nak ucap selamat pengantin baru pada yang empunya badan..semoga berkekalan ke anak cucu(kebiasaan)...dan tiada ingin terlupa pada bloggers yang gatal nak kawin jugak..terutama pada dayu..berwawasan tinggi ni..siap ada list nak jadi isteri soleha..anak pun dah bagi cita2...jangan plak lepas ni sibuk memanjang je..aktiviti berumahtangga...framestone apa cerita..dengar2 nak bukak 4 cawangan...dah ada cawangan baru ke?along bila lagi ni..x sabar nak makan nasi minyak ganu...sape lagi..lionteen yang tak sabar2 nak kawin..asyik buat puding jagung je..ape cerita?...budak kampung tak nak kawin lagi kot..asyik lipat kertas je..siap bagi ajaran sesat lagi...ajar buat rama2..tuptup jadi lipas....nad plak kena kawin awal ni..asyik kena skodeng dek eu je...dan buat lain2 bloggers..selamat kawin..

pada teman2 di alam nyata aku...yang nak bertunang tu selamat bertunang..yang nak kawin selamat sudah..yang tak jadi@pelamin anganku musnah tu..bawak2 bersabar..masih ada yang sayang..bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor...ulat gongok masih banyak..turn aku kawin lambat lagi..aku tengah tunggu orang datang meminang je ni..lain tahun aku kawin..kasi korang dulu..semoga semua selamat..

20.5.09

Hari Pengantin


Assalamualaikum...begitulah lumrah dunia..bila jodoh dah sampai maka kawinlah dan begitulah sebaliknya kalau tak ada jodoh lagi tak kawinlah(ayat yang mudah difahami dan mudah dipraktikkan)perkahwinan adalah ikatan ibadah yang menyempurnakan kejadian manusia di muka bumi ini..cinta yang sempurna(jadi jangan kacau rumahtangga orang)gambar pengantin menjadi bukti tajuk aku kali ini begitu serius dan mana mungkin diambil mudah(nak cerita pasal kawin da)gambar pengantin ini mungkin kesalahan editing yang tidak disengajakan atau tukang pengedit yang matanya semakin malap...tapi bagi aku ada yang menarik disebalik senyumannya dan tidak salah kalau aku menggantungkannya disini(jangan marah mala..peace)

bersempena cuti sekolah yang mendatang tiba ni..maka berpusu-pusu atau bahasa yang lebih mudah merupakan kesempatan yang terbaik bagi mempelai dua sejoli melangsungkan perkahwinan..aku pun tak terlepas dari bahana ini tapi bukan sebagai pengantin tetapi sebagai tetamu yang dijemput bagi memeriahkan majlis(tukang makan je)..tapi tak semuanya indah bila ada kad undangan yang sampai di atas meja aku yang sentiasa kemas ini mempunyai tarikh yang bertindan(siapa yang bersalah?)...tapi itu semua retorik dunia..aku bisa datang dan pergi sesuka hati(kalau tak sempat mintak maaf banyak2)

dan sebenarnya aku tertarik dengan isu-isu yang pernah aku terbaca mengenai mendirikan rumah tangga ni..kupasannya agak menarik tapi aku tak nak pergi panjang lebar tapi hanya sebutkan dan mungkin juga korang boleh bagi pandangan korang..ikhlas atau hipokrit adalah hak anda..."nak yang halal( kawin) pun susah "aku pun dah tak ingat kat mana aku baca tapi maksud dia kat sini terlalu mudah nak buat maksiat pada masa sekarang berbanding kawin yang terlalu leceh..nak kena kursus kawin la..check hiv..kenduri kawin yang grand la...wang hantaran yang tinggi wa cakap lu..memang tabiat orang sekarang kot banding dengan cara haram yang mudah(as simple as abc)lu cakap wa..

19.5.09

Penakut

Assalamualaikum...penakut,terlalu dekat perkataan ini dalam seharian hidup kita..mahu tak mahu perasaan ini tetap ada dalam diri kita walaupun kita digelar pendekar kundur(berani gila ni)...terdapat perilaku2 khas yang mengagalkan kita mempunyai perasaan ini iaitu bila kita gila(aku ada jumpa orang gila penakut..takut nak mandi)orang waras pun ada yang takut nak mandi...

apa natijahnya aku bercerita pasal penakut ni..mungkin suasana global sekarang lebih berkisar mengenai penakut atau takut..mungkin anda tertanya-tanya apa kaitan gambar nun di atas sana dengan penakut...al-kisahnya..aku mungkin jadi takut bila tuan punya badan akan melempang aku kerana keberanian aku mengedit gambarnya sebegini rupa(saje nak makeover..terlebih sudah)

mungkin kita boleh pergi lebih jauh dengan isu semasa..mungkin anda dapat mengenali ketakutan anda...takut selsema babi(jangan jumpa babi)...takut kena ragut(bawak bodyguard)..takut mat rempit(i like mat rempit)..takut pilihanraya(x yah jadi pm la)...nnti anda boleh tambah secukup rasa..

mungkin kita boleh pergi atau datang lebih dekat dengan perilaku penakut atau takut dalam seharian kita..kejadian2 yang biasa kita dengar atau alami..calon2nya adalah..

...bukannya aku takut cuma x berani je
...isteri-isteri takut suami
...saya takut semua hantu kat sini
...berani kerana benar takut kerana salah
...aku kalau hantu x takut kat aku dah lama aku berani
...

nnti korang tambah..aku tak ada idea..in the end

18.5.09

Edit Me Not


Assalamualaikum...masa makin berlalu..dan itu seperti biasa dan lagi biasa bila kita selalu ditinggalkan masa..dan kita dikira bernasib baik lagi masih ada orang yang sayang(terlari tajuk ni..)

Memandangkan tak ada cerita yang menarik dan tertarik yang boleh aku sebar dan aku hebahkan pada korang maka sebagai jalan yang terbaik adalah berkongsi gambar dengan korang..jalan yang lagi baik adalah bubarkan dun perak,serah pada rakyat(selingan)

ye ke tak ada cerita..mengikut perkiraan aku banyak sangat cerita sekarang dan yang sedang menungu...minyak nak naik apa cerita(mana ada naik..itu minyak kasi tukar itu jenis kasi baik punya..kasi laju..kasi naik sikit)macam aku budak tadika..

berbalik ke tajuk yang asal..ni la kerja aku di kala bulan mengambang..mengedit gambar agar menjadi gambar..kesian plak aku tengok muka anak buah aku ni..akhir kata selamat menonton gambar dan ikutlah keluhuran perlembagaan..

16.5.09

Selamat Hari Guru 09

Assalamualaikum...lama betul x keudara..tergerak jugak hati nak menaip sambil mengeja kat blog ni...

Bersempena dengan hari guru yang menetap pada hari ni..aku berbesar hati mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh gerombolan guru yang x pernah rasa penat mendidik anak bangsa(kekadang penat jugak..sampai tertidur dalam kelas)

Segala penat lelah anda sangat dihargai melayang kerenah anak2 yg tidak kurang ajarnya...ditambah dengan budak2 zaman sekarang yang wa cakap lu memang patut dilempang diatas kebiadapan mereka itu...tetapi tidak semua yang patut dilempang dan seakan boleh dibimbang ke arah yang lebih sopan..

setakat ini sahaja ucapan yang dapat aku telaah buat korang cikgu2ku..semoga seandainya anda adalah guru yang terbaik..buktikannya..selamat hari guru..

"Bahasa Jiwa Bangsa..katakan tidak pada PPSMI"

renovation

Dalam proses pembaikan dan pemulihan..

"segala kesulitan amat dikesali"