Award Untuk Kamu

awr2

10.7.09

Masih Terdampar Di Sini

Assalamualaikum...Apa yang telah terjadi bila mana aku masih terdampar di sini...mengintai setiap sudut ruang mengalahkan diri sendiri..aku terus mencuba membenarkan segala kemungkinan..namun aku masih tewas dalam pengecualian cinta yang membutakan hati...

Apa yang terjadi..memang terjadi...aku kehabisan idea..puas aku cari..tak jumpa2..kebiasaannya klau aku tak ada idea aku pusing blog2 korang dulu..nak tenangkan otak sekejap..ni dah dekat 10 kali pusing tak ok lagi otak aku...kesudahannya sambung minggu depan..padam muka aku..esok nak kena pergi merantau plak...sempat lagi 1 post malam karang...

Berbalik kepada cerita asal...aku dalam situasi sekarang tengah edit video kawin kawan aku..perkara yang memeningkan aku nak pilih scene yang sesuai..scene mata cacing paling aku suka...dan yang aku x suka scene yang x jadi..hehe..selepas semua itu terjadi aku kena pastikan semua scene x serabut sangat..editing pun x rojak sangat..ok dah siap..simple as abc..terlupa plak bab lagu..aku berasa nak pakai 4 lagu..satu lagu aku dah pilih..love story..kalau korang ada idea 3 lagi lagu boleh dicadangkan..panjang plak aku membebel..motif utama aku nak lagu je..terlebih plak meracau..

memandangkan hari semakin cerah..aku nak beransur tidur dulu..mata dah tenat ni..kalau korang x ada cadangan pun takpe..saje nak mengerakkan blog ni..tamat..

9.7.09

Award Dari Bie


Assalamualaikum..akhirnya aku berupaya..walaupun mata aku tak berapa sihat..terlambat sikit menempek award ni dari Bie..terima kasih menjadi kawan..untuk menerima award ni aku kena menjawab beberapa soalan..dan aku akan menjawab dan akan skip yang tidak mampu..jangan berkecik hati bie..sebab kita telah dewasa..haha..antara soalannya...

5 fakta menarik pemberi award ni...

-Aku baru kenal..tak berapa tahu perihal Bie..
-Mungkin aku suka perkataan kat header blog dia..
-Penyimpan koleksi award yang baik...
-Dia cakap dia tak sombong...
-Apa lagi ?..nanti cerita..

Setiap blogger harus menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya...

-Aku seorang lelaki yang semahunya masih muda..
-Aku suka ronda2 perabihkan minyak..
-Aku suka sakitkan badan dan tulang aku..
-Aku suka mengedit pic sampai..
-Aku suka kekawan aku bila..
-Aku cepat lupa berlagu..
-Aku suka menilai hati memperingati sampai mati...
-Aku suka bermain dengan perkataan..
-Aku mungkin tak kisah..
-Aku suka perasapkan diri...

Anda mesti memilih 10 penerima award seterusnya dan huraikan tentang mereka..

-Bab memilih ni susah sikit..rasa2nye kena skip yang ni..takut terpilih orang yang tak suka award...sory bebanyak cik bie..nanti kita cuba lagi..kalau nak bagi award lagi pun takpe..end

7.7.09

Pulang Buat Seketika


Assalamualaikum...akhirnya aku pulang buat seketika di kampung sentosaku..semuanya seperti dulu..masih selamat dan kemas..korang memang pandai jaga blog aku..sampah pun takde,sapa yang rajin sapu ni...stok mkanan aku pun korang sapu..

Sudah dua hari aku pulang..disebabkan ada masalah dengan networking..ada yang tercabut itu dan ini..begitu dan begini..dan sebagainya..jangan cabut network aku sudah..maka terlewat sudah aku update blog yang sudah lama tidak ada rangkap..harap aku masih ada kawan2 kat sini..

Aku menghilangkan diri buat seketika untuk menghadirkan diri di majlis kawan aku ni...terpaksalah menghabiskan lebih masa...kata kawan yang baik..gambar x sempat ambik lagi...sekeping ni je aku ada..yang banyaknya video pengantin pasal aku yang ambik video...malas nak upload lagi..nak kena mengedit dulu..korang layan je dulu gambar sekeping tu...aku x sempat lagi nak lawat korang..nanti malam karang aku pusing2...

30.6.09

Sapa Punya Bini Ni

Assalamualaikum...Seperti kebiasaanya kawin dan kawin..sapa plak yang nak kawin ni..terpaksalah aku cuti lagi..dan lagi..mana laki dia ni..pegi rumah pak mail kot..x siap2 lagi rumah orang tua tu..nak kena terminate ni..susah jadi kontraktor yang baik ni...gambar ni time bertunang..jadi malas aku nak edit gambar laki dia pasal x pakai kostom...muka laki dia susah sikit nak edit..mencabar..dia punya photographer memang lebih dari pro...x payah tempah..dia offerkan diri...takyah bayar..nanti mingggu depan akan diupdate..

bersempena dengan ini aku akan bercuti mulai esok sampai hari ahad...aku akan update selepas tarikh tersebut..bersempena ketiadaan aku ni jugak..harap korang dapat jaga blog ni macam blog korang sendiri..jangan sepah2kan sudah..selamat tinggal..

Masih Ingin Memandangmu

Assalamualaikum...Tidak ada rangkap kata-kata untuk bercerita..tidak ada ungkaiannya dalam masih ingin memandangmu..hanya ingin memandang dan terus memandang sehingga penamatnya..tidak akan pernah kesal..

29.6.09

Award Kesetiaan Untuk Kamu

awr2


Assalamualaikum...Akhirnya award aku untuk kamu sudah siap..aku dengan berbesar hati nak hadiahkan untuk semua teman aku..x kisahlah follower ke..x follower ke..asalkan yang tahu aku kat sini..yang nak tahu aku kat sini..yang seperti tahu aku kat sini...terima kasih kerana sudi temankan aku kat blog ni..silakan ambik..jangan segan2 plak..

Aku seperti terbiasa tak tahu nak bagi award apa..apa yang tertulis tu adalah yang terlintas kat pemikiran aku..award kesetiaan..tak ada apa yang sinonim dengan tajuk..hanya bermain dengan perkataan..harap korang terima dengan ikhlas..korang mesti..terima kasih sekali lagi kerana menjadi kawan yang baik..

28.6.09

Bermimpi Mimpi-Mimpi Semalam(header)


Assalamualaikum..Aku bermimpi semalam mimpikan mimpi-mimpi hari ini..merantau bintang sendirian tanpa ada si perawan lagi disisi..aku terus diulit kata-kata kesal yang sedikit pun tidak mahu mengasihaniku..aku terlalu ingin berkata-kata menyatakan masih ada sayang itu...mendambarkan yang terindah di akhir nanti..

Untuk kesekian kalinya header aku berubah...mungkin merubah kepada yang lebih baik atau hanya mengindahkan pemandangan mata..mungkin itu retorik aku sendiri melembutkan hati supaya setia disini...aku pasti setia jika diizinkan..dan mungkin berakhir kalau pencuri kabel bermaharajalela kembali...bercerita tentang kalau..aku saja nak buat entry ni untuk kawal penukaran header mengikut masa yang sesuai dan memperingati kembali header2 yang pernah berada disini..sebagai kenangan..

Tajuk header bermimpi mimpi2 semalam..tak ada apa yang lumrah..cuma penceritaan aku tentang apa yang terjadi hari ini..semalam dan kenangan..semua yang aku rasa sesuai apa yang aku rasa..apa yang mereka rasa..apa yang hanya untuk aku..bentuk penceritaan adalah sama dan aku sekuat hati cuba mengurangkan kerosakan pada bahasa...jika penceritaan aku ada menyakitkan mana2 pihak..harap maaf,tidak disengajakan.

27.6.09

Majlis Hari Bapa 09 (jom makan)

Assalamualaikum...tanggal 25 jun 09..bertempat di kediaman rasmi aku telah diadakan majlis jom makan bersempena hari seorang bapa..majlis telah berlangsung selepas maghrib dan segala atucara majlis telah berjalan lancar dan apa yang tidak lancar adalah ketibaan satu lagi kek yang dijanjikan disponser oleh abang aku masih tidak kelihatan..bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini maka terpaksalah majlis diteruskan kerana budak2 terus mengganas..majlis ini juga disekalikan dengan majlis doa selamat/sembahyang hajat pada sebelah tengahari bersempena pemergiaan adik aku ke utm..dan untuk memeriahkan lagi majlis ..sambutan hari jadi aku termasuk sekali sebagai pelengkap jadual...

Tidak lengkap majlis jika tidak ada kek..tidak lengkap kek kalau tidak ada sponser..sapa yang sponser kek ni?macam tak ikhlas je..

Kek ni tidak kurang pentingnya..melambangkan aku masih ada..dah bertambah umur aku..tapi kat kek ni semcam berkurang je umur aku..tak sampai 20 pun lagi umur aku..hihi


Kek ni khas untuk adik aku yang bongsu..dia dapat masuk utm..awal thun ari tu dah msuk dah utm..tukar um plak...last2 utm balik.. dia dapat gali petroleum kat utm...

jemput makan..ini je yang termampu..sudikan diri..kalau nak makan makanan berat sila ke kaunter sebelah(makan batu ke?)..

memang meriah kalau ada budak2..lagi meriah kalau ada kanak2 riang..bleh plak dia main kejar2...kena paksa beratur ni..kalau tak bersepah makanan..


sila2 makan...takyah peace2..lepas ni pegi basuh pinggan..haha..cerita pasal peace ni memang buat aku gelak..ada dulu skali aku tersilap tulis jumlah peace kat borang inspection...macamana boleh tertukar peace dengan piece..memang gelak besar la diorang..aku gelak kecik je..


masa penyampaian hadiah..masalah budak2 sekarang..tak dengar cakap..orang suruh senyum bukak mulut..dia tutup plak..x kisah janji senyum time ambik gambar..

maka berakhirlah majlis..dan baru sampailah kek satu lagi..terima kasih pada yang sudi menyudikan diri memeriahkan majlis..kehadiran anda amat dihargai..

p/s :lambat skit update majlis ni..memory card camera bleh plak korup..nasib baik bleh recover blik..award untuk korang dalam proses..nnti aku bagi..segan asyik korang je bagi..end