17.1.08

Hiasmu Terlalu Merayu-sajak

Sajak tentang
Keikhlasan hati sang pelangi
Menyanyangi sang bulan

Kesilapan itu....
Nokhtah....
Bayangan semalam....
Dunia yang lain....





Kesilapan Itu

Aku tersilap lagi,
ramalan itu ternyata rabun,
mengharapkan sesuatu yang baru,
tetapi tetap diselubungi kabus hitam,
yang nyata terlalu gelap,

Biarkan dia dengan hidupnya,
terlalu banyak erti hidup yang diingininya,
barangkali terlalu gembira,
sampaikan sedih itu telah tenggelam,
adakah dia telah faham,

Bisakan malamnya terus gelap,
dan siangnya tetap bercahaya,
semuanya tidak mungkin begitu,
tentu akhirnya semuanya akan terhenti,
maka tiada lagi kekesalannya,

Oh sampai bila ia akan berkesan,
melupakan yang telah lalu,
melupakan akibat yang besar maknanya,
dia tidak akan menerimanya,
tidak ingin cuba menanggungnya,
biarkan semuanya berbahagia,

Terlalu banyak ruang dilihatnya,
sampaikan tiada dapat dipejam mata,
mencari jalan yang sentiasa ada,
cuma hatinya terlalu keras menerimanya,
bagai menyalahkan ruang yang tenggelam,
yang telah jauh melambai,
lambainnya terlalu jauh untuk diingati,
sampaikan ia tetap ingin di situ,

Aku sudah tidak ingin bersama lambaian itu,
biarkan aku di sudut ini,
menantikan hari itu yang dijanjikan,
semoga tiada kesal yang ditangisi,
semoga tiada tangis yang berkesan,
indahnya hidup itu diakhirnya,





Nokhtah

Akan aku renangi lautan itu,
walaupun aku pasti akan karam,
akan aku daki gunung itu,
walaupun aku pasti tiada kemuncaknya,
tak mungkin semua itu indah akhirnya,

Aku pernah berjanji manismu,
kerana kau janjikan janjimu,
aku pernah mungkir janji,
kerana kau mudah mungkirkannya,

Terlalu mudah arahmu berputar,
bagai tiada yang mungkin pasti,
adakah mencari arah yang terindah,
yang mungkin sukar dihajati,
kau yang tewas di nokhtah itu,

Aku takkan sedih lagikan tangisinya,
nokhtahyang sentiasa aku fikirkan,
bagaikan terlalu besar untukku terima,
kau sememangnya tersasar jauh dari awal,
ia bagiku nokhtah dipenaku,
tiada yang membunuhku,

Manusia sememangnya kejam,
memberikan kata yang memakan diri,
diri yang sememangnya rapuh,
ditiup angin keangkuhan,
angin yang terlalu kuat,
sedangkan aku tidak pernak sedar,

Aku terlalu ingin berkata-kata,
menyatakan masih ada sayang itu,
tetapi aku terlalu lemah,
untuk mulakan semula yang telah berlalu,
terlalu takut untuk dibunuh kali kedua,
biarkan berakhir di mataku,
tetapi bukan di lenaku,
terlalu indah wajah itu untuk ku kenang,
biarkan di situ disampingku,





Bayangan Semalam

Wajahmu terlalu indah untuk ku pandang,
tidak ingin aku butakan mata ini,
untuk cuba lupakan manismu,
aku cuba pejamkan mata ini seketika,
namun kau tetap di situ selamanya,
senyuman itu tidak pernah pudar menghiasi,

Aku mungkin hanya ingin memandangmu,
hatiku sudah hilang ke mana,
tiada dalam hati untuk memilikimu,
terlalu jauh aku menghilang pergi,
mengharapkan yang telah terkubur,
kau sebenarnya penawar duka itu,

Aku seakan berani memandang kedalam mu,
tiada siapa ingin menghalang,
perasaan itu terlalu meronta,
bagai dirasuk pergi,
tiada siapa yang tertahan,
menahan diri dari berdosa,

Hiasmu terlalu merayu,
mendambakan yang terindah,
keindahan yang terlalu pahit,
kasih itu terlalu berbisa,
melenyapkan kewarasan mimpi,
berikan aku sedikit ketenangan,
agar duniaku ini adalah milik ku,





Dunia Yang Lain

Bukan mudah untuk aku berbohong,
memberi kata cinta yang sebenar,
tiada niat untuk aku hancurkan hati itu,
menyatakan yang sebaliknya,

Kata-kata ini terlalu kasih,
inginkan kau berbahagia,
melupakan yang telah punah,
tetapi kau telah tersasar,
mengharapkan cinta yang abadi,

Cinta itu terlalu sedih,
sedikit pun tidak ingin berjuang,
berjuang membunuh mangsa mu,
aku tidak sanggup berjuang,
tidak ingin membunuh mu,

Terlalu bersalah aku rasakan,
memperlihatkan dunia ku kepada mu,
dunia yang tidak terbatas jauhnya,
tiada siapa yang menjangka,
terlalu jauh hujungnya,

Kau masih tidak ingin memahaminya,
dunia ini terlalu beronak,
semuanya bergelora bagai ombak,
menghakis pantai yang sepi,
jika di akhirnya aku bersalah,
aku menerima dengan kepastian,


Untuk Lihat Koleksi Klik Di Sini maepujangga