Contest : Kenangan Suasana Di Hari Raya
Assalamualaikum..Semakin hari semakin meriah..akhirnya aku berupaya menyiapkan contest ni..limited edition dan special edition untuk cutemiut...7 hari 7 malam aku nak siapkankan menda ni..korang jangan main gila..cerita pasal raya ni..x boleh buat main macam main-main bola macam main-main cinta..menda ni kena datang dari hati yang bersih(ish..ish..)..aku kali ni nak bercerita pasal hari raya..kenangan di hari raya..sambil memasukkan diri dalam contest ni adalah baik aku menambah sedikit cerita2 kita di hari raya..memeriahkan lagi suasana di hari raya..harap korang enjoy
Contest ni dianjurkan oleh CuteMiUt78..silalah jenguk blog tuan punya penganjur atau korang boleh klik gambar kat atas tu untuk ke halaman contest ni atau klik je kat sini Contest : Aksi Menarik Di Hari Raya ..Rasa macam dah dekat nak raya plak bila taip contest ni..padahal baru masuk seminggu je puasa..rasa macam esok nak raya je..
Peraturan dan syarat2 untuk menyertai contest ni ada aku sertakan pada bahagian bawah halaman..tapi lebih afdal korang jenguk sendiri CuteMiUt78..contest ni berkisar tentang aksi menarik di hari raya..jadi korang mesti banyak gambar2 menarik hari raya..jom ramai2 join contest ni
Hari raya merupakan satu keunikan yang banyak menyimpan kenangan buat kita,saban tahun kita membesar dan meningkat usia bersama hari-hari ini.Hari-hari yang sarat kenangannya yang masih ada tersimpan untuk kita dari sibuk mencari duit raya(budak2 nak cari duit raya..semua rumah diterjahnya) sampai terpaksa selamatkan diri dari korban raya(kehabisan stok duit raya..apasal ramai plak budak2 kat dunia ni..),dari tak dapat balik raya(waaaa..nak balik raya..buruknya nangis..) sampai tersilap kampung nak raya(ingatkan nak balik kampung isteri..terlencong kampung laki dia daa..abg kejam..abg kejam..hehe..strategi kena betul)Semuanya bagai nostalgia bagi kita dan mungkin menjadi lebih manis kalau ia dapat dikongsi bersama jutaan pembaca(math kureng skit..hehe).Apa yang aku mahu kongsi sempena contest ni adalah sekeping gambar yang nun di atas sana dan disitulah cerita aku mengenai keunikan anak2 buah aku menunjukkan aksi beraya(x cukup lagi intro karangan ni..kan cikgu marah plak intro pendek2..CuTeMiut78 x marah..cukup2 la tu..kan lari tajuk plak..hehe)
Seronoknya bila dapat tumpang gembira anak2 tapi kita sebagai seorang dewasa yang telah lama mengenal asal usul dunia perlu membimbing anak2 ini supaya lebih mengenali apa erti sebenarnya hari raya(nasihat..dengar ya..).Kita jangan terleka dengan keseronokannya kerana masih ada yang bersedih..sedihkan baju raya yang x sempat siap(mau x sedih..5 psang tmpah..5..5..x siap..hehe)..sedih tiket bas balik raya dah habis(mau x habis..esok nak raya hari ni baru nak beli)..bersedih pasal x dapat bonus raya(nak dapat bonus camne..time kerja pegi shopping..mau x tension bos)..sedih terpaksa merelakan diri beraya kat kampung suami lagi..(sifat yg baik..mendengar kata suami)..mesti ada antara kita yang mungkin menangis teresak-esak mengenangkan betapa sedih dan pilunya hari raya mereka ini..jangan menangis lagi kerana cerita ni cerita gembira..simpan kesedihan itu sebagai satu perjalanan hidup yang telah ditentukan untuk kita..gembira selagi hayat masih ada...jangan nanti gelak sorang2 dalam kubur..kesian kat orang yang masih hidup ni..diselubungi misteri..sudah habis dah cerita..versi santai dari aku untuk korang..
PERATURANNYA :
Anda mesti la mempunyai blog anda sendiri.. tak blh tumpang blog org lain dan sudah semestinya anda adalah seorang blogger.. (tak kisah tegar ke tak tegar)
Add blog cutemiut ni kat blog list anda. Tak perlu jd followers.. tapi klu nak nak jd followers pun dialu2kan.. gak la.
Uploadkan banner kat atas ni dan MESTI letakkan kat side bar korang berserta back link ni http://cute-miut78.blogspot.com/2009/08/contest-kenangan-suasana-di-hari-raya.html
Selain banner tu kat n3 korang tu mesti ada link ni.. http://cute-miut78.blogspot.com/2009/08/contest-kenangan-suasana-di-hari-raya.html klu takde back link ni so penyertaan anda automatik disqualified
Hantarkan satu keping gambo anda yg paling unik bertemakan suasana di hari raya.. tak kisah la nak gambo camne pun.. janji unik dimata anda.
Nyatakan kenapa anda rasa gambo tu paling unik dengan buat satu karangan yg unik lagi kreatif..berapa patah perkataan pun tak kisah la.. janji karangan tu unik dan kreatif.
Buat n3 berkenaan contest ni kat blog anda dan hantar link2 n3 tu ke ruang komen n3 ni.. dan klu blh buat sticky mode lagi senang utk aku terjah nnti..