2.9.09

Contest : Kenangan Suasana Di Hari Raya


Assalamualaikum..Semakin hari semakin meriah..akhirnya aku berupaya menyiapkan contest ni..limited edition dan special edition untuk cutemiut...7 hari 7 malam aku nak siapkankan menda ni..korang jangan main gila..cerita pasal raya ni..x boleh buat main macam main-main bola macam main-main cinta..menda ni kena datang dari hati yang bersih(ish..ish..)..aku kali ni nak bercerita pasal hari raya..kenangan di hari raya..sambil memasukkan diri dalam contest ni adalah baik aku menambah sedikit cerita2 kita di hari raya..memeriahkan lagi suasana di hari raya..harap korang enjoy

Contest ni dianjurkan oleh CuteMiUt78..silalah jenguk blog tuan punya penganjur atau korang boleh klik gambar kat atas tu untuk ke halaman contest ni atau klik je kat sini Contest : Aksi Menarik Di Hari Raya ..Rasa macam dah dekat nak raya plak bila taip contest ni..padahal baru masuk seminggu je puasa..rasa macam esok nak raya je..

Peraturan dan syarat2 untuk menyertai contest ni ada aku sertakan pada bahagian bawah halaman..tapi lebih afdal korang jenguk sendiri CuteMiUt78..contest ni berkisar tentang aksi menarik di hari raya..jadi korang mesti banyak gambar2 menarik hari raya..jom ramai2 join contest ni





 amin..faiz
aizat..daniel..aliya

Hari raya merupakan satu keunikan yang banyak menyimpan kenangan buat kita,saban tahun kita membesar dan meningkat usia bersama hari-hari ini.Hari-hari yang sarat kenangannya yang masih ada tersimpan untuk kita dari sibuk mencari duit raya(budak2 nak cari duit raya..semua rumah diterjahnya) sampai terpaksa selamatkan diri dari korban raya(kehabisan stok duit raya..apasal ramai plak budak2 kat dunia ni..),dari tak dapat balik raya(waaaa..nak balik raya..buruknya nangis..) sampai tersilap kampung nak raya(ingatkan nak balik kampung isteri..terlencong kampung laki dia daa..abg kejam..abg kejam..hehe..strategi kena betul)Semuanya bagai nostalgia bagi kita dan mungkin menjadi lebih manis kalau ia dapat dikongsi bersama jutaan pembaca(math kureng skit..hehe).Apa yang aku mahu kongsi sempena contest ni adalah sekeping gambar yang nun di atas sana dan disitulah cerita aku mengenai keunikan anak2 buah aku menunjukkan aksi beraya(x cukup lagi intro karangan ni..kan cikgu marah plak intro pendek2..CuTeMiut78 x marah..cukup2 la tu..kan lari tajuk plak..hehe)

Gambar ni aku snap tahun lepas punya lepas(2 tahun lepas)..majlis hari raya untuk ahli keluarga sahaja bagi mengeratkan silatulrahim bagi yg x erat..rumah terbuka dah buat pada siang hari(semua pintu dibuka..termasuk toilet skali..) Semua ahli dapat hadirkan diri dan kalau menguzurkan diri akan dipotong gaji(mau x takut..ish.ish..)..part yang paling best time budak2 bergambar..macam2 aksi tragis boleh ditontoni dari menjadi superman sampai la mau jadi burung kakak tua..(burung kakak tua hinggap di jendela..nenek sudah tua..giginya tinggal dua)..wah siap nyanyi plak..hehe..itulah bagi aku keunikan..anak2 ketawa gembira berhari raya..sebagai bukti kegembiraan aku lampirkan gambar yang gembira..tak mau sedih2..Uniknya gambar ni kerana diorang gelak sesuka hati di hari raya(klau glak hari biasa kurang unik skit)Memang sesuai tema untuk hari raya tersebut.."Ceria berwarna Biru" dan anak2 ni mengikut tema dengan betul(terlebih sudah)..aku suruh senyum nampak gigi je nak ambik gambar..diorang plak senyum sampai nampak anak tekak(budak2 skang susah nak dngar ckap.ish..ish)x kisah lah..janji diorang happy dan x nangis ramai2.harap korang pun gumbira tngok budak2 ni happy(ya..gumbira sngat..)(trima kasih..korang mmg baik hati..hehe)..

Seronoknya bila dapat tumpang gembira anak2 tapi kita sebagai seorang dewasa yang telah lama mengenal asal usul dunia perlu membimbing anak2 ini supaya lebih mengenali apa erti sebenarnya hari raya(nasihat..dengar ya..).Kita jangan terleka dengan keseronokannya kerana masih ada yang bersedih..sedihkan baju raya yang x sempat siap(mau x sedih..5 psang tmpah..5..5..x siap..hehe)..sedih tiket bas balik raya dah habis(mau x habis..esok nak raya hari ni baru nak beli)..bersedih pasal x dapat bonus raya(nak dapat bonus camne..time kerja pegi shopping..mau x tension bos)..sedih terpaksa merelakan diri beraya kat kampung suami lagi..(sifat yg baik..mendengar kata suami)..mesti ada antara kita yang mungkin menangis teresak-esak mengenangkan betapa sedih dan pilunya hari raya mereka ini..jangan menangis lagi kerana cerita ni cerita gembira..simpan kesedihan itu sebagai satu perjalanan hidup yang telah ditentukan untuk kita..gembira selagi hayat masih ada...jangan nanti gelak sorang2 dalam kubur..kesian kat orang yang masih hidup ni..diselubungi misteri..sudah habis dah cerita..versi santai dari aku untuk korang..


PERATURANNYA :


  1. Anda mesti la mempunyai blog anda sendiri.. tak blh tumpang blog org lain dan sudah semestinya anda adalah seorang blogger.. (tak kisah tegar ke tak tegar)


  2. Add blog cutemiut ni kat blog list anda. Tak perlu jd followers.. tapi klu nak nak jd followers pun dialu2kan.. gak la.


  3. Uploadkan banner kat atas ni dan MESTI letakkan kat side bar korang berserta back link ni http://cute-miut78.blogspot.com/2009/08/contest-kenangan-suasana-di-hari-raya.html


  4. Selain banner tu kat n3 korang tu mesti ada link ni.. http://cute-miut78.blogspot.com/2009/08/contest-kenangan-suasana-di-hari-raya.html klu takde back link ni so penyertaan anda automatik disqualified
SYARAT2 :


  1. Hantarkan satu keping gambo anda yg paling unik bertemakan suasana di hari raya.. tak kisah la nak gambo camne pun.. janji unik dimata anda.


  2. Nyatakan kenapa anda rasa gambo tu paling unik dengan buat satu karangan yg unik lagi kreatif..berapa patah perkataan pun tak kisah la.. janji karangan tu unik dan kreatif.


  3. Buat n3 berkenaan contest ni kat blog anda dan hantar link2 n3 tu ke ruang komen n3 ni.. dan klu blh buat sticky mode lagi senang utk aku terjah nnti..
so tu je la Peraturan dan syarat2nya.. senang je kan.. tak yah jd followers pun blh join gak la. Semua kategori blh masuk.. dewasa ke .. kanak2 ke.. tak kisah.. janji gambo2 korang tu.. mesti la unik dan bertemakan suasana di hari raya..
CONTEST INI AKAN BERLANGSUNG BERKUAT KUASA DARI
HARI ISNIN 10 AUGUST 2009
JAM : 9.00 Pagi
HINGGA
HARI JUMAAT 10 SEPTEMBER 2009
JAM : 12.oo Tghari

Hari Itu Dari Cutemiut

 
Assalamualaikum...Aku mendapat sesuatu dari Cutemiut78 iaitu award yang berterima kasih atas ucapan hari lahir untuknya..sama2 dan terima kasih kembali cutemiut..kawan yang baik memang camtu..suka ucapkan sesuatu yang gembira untuk merasa gembira..jadikan dunia blog ni sesuatu yang tenang untuk didiami..tak mau gaduh2..kalau x sependapat pun..tak mau maki hamun..make it easy way.. 

Apa yang aku dapat lagi dari cutemiut adalah top komentar..jangan main gila..nombor 10 tu..sesuatu yang baik bila kita dihargai dan mungkin lebih baik kalau kita menghargainya..

1.9.09

Hari-Hari Yang Memenatkan





Hari ini hari masih pagi
masih ada embun pagi
masih ada mentari pagi


Hari ini cerita yang baru
masih sama masih serupa


31.8.09

Masih Berkata Merdeka





Anak-anak kecil itu anak merdeka
senyum dan ketawa dialah anak merdeka
anak-anak menangis itu anak merdeka
mengengam tanah itu tanah yang merdeka
masih rebah hatinya walaupun yang merdeka


29.8.09

MOBS & Comfybebe Most Loving Sibling Contest


Assalamualaikum..Mau join contest lagi..saat2 akhir sebelum contest ni tamat pada 31hb bulan ni..contest ni agak menarik dan aku agak tertarik kerana tajuknya betul2 loving..kalau korang berminat korang boleh klik je kat sini ComfyBebe "Most Loving Sibling"Contest atau kat banner atas untuk mengetahui lebih lanjut pasal contest ni dan syarat2nya..dan ianya dianjurkan oleh MOBS bersama ComfyBebe..Semua syarat2 dah aku selesaikan..harap2 x ada yang terlepas pandang..maklumlah bulan2 puasa ni banyak dugaan skit..kalau korang nak join masih sempat lagi ni..



Ahmad Daniel(5 tahun) dan Adam Daniel(2 Tahun)

Keakraban dua beradik..diorang ni memang suka bercerita sesama sendiri..berkongsi cerita..macam2 cerita boleh jadi topik dari cerita ultromen sampailah cerita bila nak beli baju raya ni..walaupun adik x berape lancar lagi cakap tapi si abang dapat paham apa yang adik dia nak..gambar ni shot time jejalan kat titiwangsa..skali skala keluar jalan2 dengan anak buah best jugak..boleh tngok telatah diorang..gambar ni aku ambik candid pasal suka sangat tengok diorang borak..




Bila dah gelak..adik lah yang susah nak berenti..apa yang digelakkan pun aku tak tahu..itik main air pun diorang boleh gelak..kalau diorang main air dengan itik lagilah gelak sakan..

26.8.09

Puasa Orang Yang Bertakwa


Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

25.8.09

Kerana Permatang Pasir



Mohd Salleh Man 9618
Mohd Rohaizat Othman 5067

Majoriti 4451

23.8.09

7 Kalimah Agung


> > sabda Rasulullah SAW:
> > barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
> >
> > 1.bismillahhirrahmannirrahim:pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
> > 2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
> > 3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
> > 4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
> > 5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
> > 6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
> > 7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

22.8.09

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"


Assalamualaikum..Mau masuk contest lagi..alang2 dah terlanjur terjebak dengan contests..baik aku teruskan sementara ada kudrat ni..contest kali ni Looking for BEAUTIFUL Prince & Princess..dianjurkan oleh MEA MYRA..segala syarat2 ada kat bawah dan lebih afdal kalau korang jenguk sendiri penganjurnya..klik saja banner kat atas tu untuk ke halaman contest ni..atau klik kat sini je " BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"memang kegemaran aku masuk contest camni..kali ni aku pertaruhkan Prince..Princess lain kali je la..

Adam Daniel Bin Shahrul
umur : 2 tahun 6 bulan
tarikh gambar : 01.11.2008
lokasi : tasik titiwangsa


bersama umminya : Noorasiah Binti Yaacob
tarikh gambar : 01.11.2008
lokasi : tasik titiwangsa


Hadiah Yang Ditawarkan

1st Prize: 1 printed tshirt(ur bb pic on it) +1 magnetic + 1 keychain + 1Mag baby poster
2nd Prize: 1 Magnetic+ 1 Mag baby Poster+1 keychain
3rd Prize:1 keychain & Mag baby Poster
Mystery gift for number: 9 & 19

syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara
2. sila add banner di atas pada sidebar..
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri
5 sila nyatakan bila gambar diambil.
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...

*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..


contest bermula dari 11 August 09 hingga 31 August 09

candid-giveaway-contest


Assalamualaikum..Semuanya tentang contest...semenjak dua menjak ni semacam banyak plak contest kat dunia blog ni..memang meriah ditambah dengan kehadiran bulan Ramadhan...kali ni aku terjumpa candid giveaway contest yang dianjurkan oleh Zieha ..contest ni berkisar tentang candid pictures..memang menjadi kegemaran aku bab gambar menggambar ni..cuma aku x biasa menang je...x kisah la..janji cubaan..segala syarat2 untuk menyertai contest ni korang boleh klik kat gambar kat atas tu..link contest ada kat situ..kalau x paham jugak cuba tanya tuan empunya blog..setelah double check rasa rasanya aku dah memenuhi segala syarat2 yang diperlukan..korang jangan tengok je..masuk skali..jangkamasa contest 16.08.09 - 31.08.09...



Adam dan Aliya

Apa yang berlaku bukan kehendak kita..kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan..redha la kalu rumah bersepah dengan kek..aku telah berjaya merakam satu adegan ganas dimana adam dengan rakusnya merampas kuasa atau merampas kek aliya..habis penyek kek tu..aliya plak lambat bertindak menyelamatkan kek tu..ni silap ummi dia la ni..lambat sangat bagi kek kat adam..mengamuk la dia..gambar candid ni aku ambik raya tahun lepas punya lepas..memang happening ditambah dengan suara ummi dia yang menjerit macam tengok hantu..tu yang adam macam terkejut beruk tu..al kisahnya..nasib baiklah aku cepat bertindak..bertindak ambik gambar bukan ambik kek tu..

Salam Ramadhan Dari Along

AlongArman


Assalamualaikum...Bertambah meriah nampaknya Ramadhan kali ni..puasa belum lagi ni..tapi rasa cam sminggu dah puasa..hari pertama terawih dah selamat..kebiasaannya mmg camtu..awal awalan ni mmg bersemangat waja..harap2 bersemangat sampai akhir..hari ni aku x nak bangun sahur pasal aku x nak tidur..jadi kira2 bersahur je..

Kat atas ni ada salam Ramadhan dari Along..terima kasih bebanyak Along..untuk korang jugak ni..di kesempatan ni aku nak mintak maaf bebanyak kat Along kalau ada tersilap kata..tersilap taip..terguris hati..terguris tangan dan lain2 yang semaksud dengannya..ok Along..selamat berpuasa..

Apa mau buat pagi2 ni..disebabkan aku sedang kemaruk contests..jadi aku mau isi form contest..isi setakat yang mampu..aktiviti yg mnyihatkan utk bulan Ramadhan ni..ok..end

21.8.09

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum..Bersempena dengan bulan yang mulia ni bulan Ramadhan..aku ingin ucapkan selamat berpuasa untuk kita semua yang beragama Islam..semoga sentiasa dirahmati dan diberikan petunjuk ke jalan yang benar..amin..

Niat puasa ramadhan :


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa




Niat berbuka puasa :

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

19.8.09

Salam Ramadhan Dari Lionteen



Assalamualaikum...Salam Ramadhan buat anda yang beragama Islam..aku x buat lagi e3 pasal Ramadhan ni..rasa-rasanya nanti betul2 dekat kot..nasib baik la cik lionteen bagi salam Ramadhan ni..terasa sikit kemeriahannya..asyik sebut pasal raya je..terima kasih kembali..semoga Ramadhan tahun ni memberikan sesuatu yang bermakna..amin..

Kenapa Aku Berblog


Assalamualaikum..Kenapa aku berblog?..sudah berkali aku baca jawapan korang dan mugkin kita memberikan jawapan yang sama dalam perbezaan rangkap..perbezaan tidak akan dapat merubah segalanya kerana kita dalam alam yang sama..sama2 meceritakan sesuatu dan menerima sesuatu yang kita akan mentafsirkan sendiri

Tujuan aku berblog..aku memerlukan satu ruang yang tenang untuk mencoretkan sesuatu yang tersirat dalam pemikiran aku..berkongsi pengalaman mahupun bercerita tentang kita..mendendangkan lagu gembira mahupun sedih..semua yang aku coretkan mempunyai kisah yang aku ingin imbas kembali suatu hari nanti..

18.8.09

Apa Yang Kau Tahu


Apa yang kau tahu hari ini
merenung setiap saat apa ertinya lagi
membina empayer keangkuhan apa mahu lagi
berkata kata-kata kasih sayang bila lagi
hari ini kau telah tahu

Apa yang kau tahu hari semalam
meminta erti simpati siapa mahu tahu
menahan darah berdarah siapa tahu sakitnya
berkata dengan kata-kata kesal kenapa lagi
kau kenal siapa hari semalam

Apa yang kau tahu hari esok?




17.8.09

Aku Dan Komen Di Blog

Assalamualaikum...Sudah pulang mahu pulang...sudah beberapa hari aku menghilangkan diri dan hari ni aku selamat sampai ke kampung sentosaku..sebagai pembuka cerita..semacam ada masalah je dengan alat pengomen aku ni..bagi memudahkan anda sebagai pengomen yang baik aku cuba explain skit apa yang ada dengan pengomen Echo ni..aku x mau ckap bnyak tkut korang tak pham..penerangan mngikut abjad...

A..From..perlu diisi nama korang di sebelah butang from tu..kalau korang klik butang from tu korang akan lihat macam2 site yang boleh disertakan sebagai pengenalan diri..korang boleh tnda yang mana satu nak guna bagi memudahkan aku nak cari korang..penerangan lebih terperinci pasal from ni ada kat pic kat bawah..

B..URL..kalau korang dah malas nak isi kat from tu..letak je url blog..mudah sikit..tapi avatar korang akan jadi kosong..x lawa la..ikut korang la..

C..Avatar..bila korang isi from kat tepi tu dengan akaun google ke..blogger ke dan lain2..gambar akan keluar mengikut akaun mana yang digunakan..macam komen blogger je ni..tapi pengomen ni bagi korang pilihan nak letak yang mana dan kalau nak letak semua akaun pun boleh..pilih yang mana korang rasa mudah..

D..To..this site..komen korang ditujukan kepada blog ni..dan korang boleh jugak cc kan kepada site lain..

E..Commentluv..benda ni hanya tambahan pada alat pengomen ni..bila korang isi url blog korang..benda ni akan detect post terbaru atau recent post..menarik mmg menarik tapi kekadang ada masalah jugak..kalau ada masalah nak submit komen..korang boleh disablekan commentluv tu..

F..benda ni aku x nak explain..korang explainkan untuk aku..

G...Add Images..benda ni menarik jugak..korang boleh kongsi pic dengan aku sebagai tambahan komen..hanya upload dari computer korang atau mana2 site..



Sambungan dari cerita From kat atas..bila korang tekan from tu..akan keluarlah benda ni..macam2 korang boleh pilih sebagai pengenalan peribadi korang..bagi memudahkan lagi..pilih yang mana korang dah sign in..hanya klik kat tepi..kalau kat luar tadi x kluar url..korang boleh isi my other site kat bawah skali..mudah aku nak lawat kembali..last sekali tekan submit..kalau x boleh tekan..korang kena disablekan commentluv tu dan submit sekali lagi..kalau ada masalah lagi korang boleh bagitau..Segala kesulitan amat dikesali..terima kasih sudi mengomen..

12.8.09

Jangan Gaduh-Gaduh

Aku paling hangin kalau ada orang sesuka hati duduk rapat2 ngan aku..melekit air liur ko tu..dah 10 kali aku mandi hari ni..pasal ko la..mak aku pesan kalau kotor2 nanti dia tak nak bawak aku pegi zoo..dah la aku gian nak tengok penguin..ko nak belah dulu ke atau aku gigit telinga ko ni sampai tercabut..pikir cepat..



Rilex la bro..apa main gigit2 telinga ni..wa x de niat pun nak melekit kat lu..lu yang tersengeh sengeh datang kat wa...setakat mandi 10 kali wa ape heran..wa langsung x mandi ari ni..mak wa pun x heran... kalau lu gian tngok penguin apa kata kita tengok kat tv je..wa pun dah lama x tengok menatang2 tu..senyum dulu..nak ambik gambar..

moral : jangan bergaduh tak tentu pasal..setakat benda remeh temeh tu boleh dinyahkan..


Menatang ni kite yang punya...jangan jeling2..nanti dia lari plak..mak kite dah pesan jangan bagi sapa2 main..lebih2 lagi kat laki2...laki2 x boleh dipercayai...pantang dibagi..tapi kalau kite x bagitau mak kite takpe kan..biarlah rahsiakan..kita kongsila..awk nak x?..awk ambik kaki ngan sayap...


Menatang tu dah hilang la..sapa yang ambik?..kite bagi kat awk kaki ngan sayap je..mana menatang tu lari..biarlah lari..kita main sudu2 plak..

moral : anda telah dewasa..pikir sebaiknya..


p/s : tuan rumah bercuti untuk beberapa hari..segala pertanyaan sila voicemailkan...

11.8.09

Aku Dah Letih Berdiri


Aku dah letih cuba berdiri
kaki tak ingin berjalan
terhinjut-hinjut cuba melangkah

Aku mahu dipimpin buat seketika
memegang erat utuh di bahu
berjanji tidak mahu jatuh

Aku masih melihat jauh kesana
ada sesuatu menanti melambai
menyeru aku ke pangkuan




9.8.09

Aku masuk Korang Kena Masuk


Assalamualaikum...Seperti terpapar nun jauh di atas(jauhnya..) sesuatu hendak dikabarkan i love malaysia..seperti pertandingan tapi macam bukan pertandingan..caranya amat mudah..macam makan kacang..isi borang keahlian dan nanti dia hantar code kat email untuk korang paste kat blog..pandai pandailah korang nak hidup..lagi satu dia ada mintak referrer's email..jadi pandai pandailah lagi korang isi email aku mae3third@yahoo.com ..kalau korang menang aku pun menang..katanya..korang bacalah aku x berape paham omputeh ni..bahasa jerman bolehlah..hadiahnya seakan menarik iphone dan hard disk..phone aku dah buruk dan hard disk aku dah penuh..jadi memang sesuailah untuk aku hadiah ni..korang jangan gelak2..serius ni..pemilihan pemenang adalah secara random..jadi adakah anda seorang yang bertuah atau hang tuah..cuba dulu semntara masih muda ni..

8.8.09

Masih Ada Yang Terkena


Assalamualaikum...Masih ada yang terkena..terkena apa plak?..google ni memang suka buat lawak..boleh plak dia ban blog aku sesuka hati...lemah jantung aku kejap..ingatkan dah arwah blog aku ni..berbatu nisan..nasib baik masih ada yang sayang..nak renovate sikit je masalah plak yang tersengeh sengeh..aku bukan buat salah pun..melanggar hak asasi..malware yang tupeware tu yang buat hal mengacau network aku..terpaksa la aku cuci kasi luku itu malware..pergi main jauh2..jangan main kat ip aku..cari ip orang lain..masih selamat utk hari ni..lepas ni

p/s : selalu selalulah simpan backup blog anda..

7.8.09

Masih Mencari Gula


Assalamualaikum..Seperti kebiasaan kehilangan gula memang sudah diduga..penyakitnya bermusim dan banyak sangat penyebabnya..memang dirancang atau terancang atau ancaman atau secara tidak sengaja atau tak dirancang..kebanyakan tempat kat semenanjung ni ada yang kritikal dan ada yang boleh dimaafkan berkaitan stok gula ini..budak2 sudah dikerah menyimpan gula..apsal buat main ni..cepat simpan..

kenapa x cukup?..hari tu cakap mencukupi sampai raya..sapa cakap?..kenapa cakap?...kat mana gula?..sapa simpan stok?..kenapa?..tak untung?...untung ciput?..macamana?..naik harga?..sapa susah?..mereka dan keluarga mereka..


operasi mengangkut gula..keje budak2 je ni..orang tu rilex..nanti bagi upah gula2...

Masih Ingin Yang Baru


Assalamualaikum...Seperti semua ada keinginan..mahu ini dan mahu itu..mahu yang baru..masih ingin yang baru...apa plak yang aku nak ni..nak cakap segan..dah cakap padam muka aku..sapa suruh cakap..kalau diamkan dah settle masalah..cerita yang lain..

apa mau cerita..aku ingat nak tukar template baru..rasa macam dah boring plak...gelap gelita macam elektrik kena potong(terlebih bayar bil)...dah berabad aku pakai template ni x ubah2..kalau tukar kan cari pasal plak...jadi bagi menyedapkan hati aku...aku buat sikit renovation..ari tu dah buat dah..kontraktor lari plak..dia kata aku bayar terlebih..sebagai permulaan pepagi ni rerajinnya aku cari widget bagi tambah...kasi tambah kasi lawa..kalaulah lawa...top commentators pun aku letak..walaupun agak x perlu sebab waktu melawatnya agak kurang..tapi disebabkan semacam nak bagi penghargaan(terima kasih tuan2 dan puan2)...recent post n comment pun ada aku letak..nnti petang aku sambung renovation...satu lagi aku cuba kurangkan berat badan blog aku..semacam berat..tengah pikir idea jugak ni..kalau korang nak tambah pun boleh jugak..

6.8.09

Masih Pagi


Assalamualaikum..Hari masih pagi..masih gelap tak nampak lampu terpasang..meraba-raba hari ni hari apa..hari biasa hari minggu tetap sama kalau aku tak berkira..budak-budak tetap menangis nak ke sekolah...membazir air mata mana mau kira..tambah air nanti buang air..naik bas turun bas tendang bas anak sapa la tu..sekolah dekat cari yang jauh..minyak naik hantu tak nak naik bas..cikgu ajar dah dengar tak pandai sebab telinga tersumbat bahasa ibunda..selamat pagi cikgu..kamu kerja pergi kerja tiap hari siapa kaya...apa kisah kamu kaya ke miskin semua kena tanggung..haram halal apa mau cerita kalau dah tahu...janji ada rezeki suap nasi buang pinggang...kerja penat pagi petang siang terlepas malam..kerja rajin kalau malas bodek bos rajin-rajin..kerja lagi..

5.8.09

Masih Hilang Masih Berdegil


Hari ini masih hilang masih ada mendungnya
dentuman guruh masih mencabar kekesalanku
aku masih berdegil kerana perjalanan itu
mungkin kebenaran telah menyalahkan aku
bagai menatap segala keperitan

4.8.09

Masih Mereka Masih Muda

Assalamualaikum...Mereka masih muda..masih terlalu mentah menduga hari-hari mendung...biarkan mereka seketika tertawa di kala malam masih muda..menjejaki malam2 penuh noda dan kerana mereka masih mudalah tunjukkan jalan ke mana di mana arahnya..jangan biarkan mereka berdosa sendirian tanpa..kerana kita..

apa yang terjadi telah terjadi..biarkan berlalu..apa sudah terjadi..saja je terkenangkan zaman dahulu kala..terjumpa pic ni dalam fs aku punya kawan..masih ada..dalam simpanan hdd aku semuanya telah lesap hilang kerana kerosakan yang amat dikesali...untuk tak menghilangkan lagi terpaksalah aku simpan online sebagai backup..kalau server x kna curi..

ni la antara muka2 rakan serumah seperjuangan aku..semuanya masih sihat dan ada..aku bernombor 53..masih muda..rasanya 5..5..belum kawin lagi..memang sehati sejiwa kot..banyak cerita kenangan dari yang jatuh motor kena kejar anjing terlanggar plak pasu..kesian..haha..dari ke hulu ke hilir terjumpa hantu tersengeh sengeh..tau takut..terbang sana terbang sini..aku x mau campur...tertangkap sini tertangkap situ..baru tau terketar...macam2 cerita tapi lain hari cerita...semuanya kawan yang baik cuma nakal sikit....

3.8.09

Masih Ingin Tag Dari J@J@ / Bini The Rock



Assalamualaikum..sepertinya aku berbesar hati nak jawab tag ni dari J@J@ / Bini The Rock..dia ugut suruh jawab kalau tak dia x nak kawan..dia ugut memain katanya..tercuri plak gambar dia sekeping..kiut kannnnnn..buat pnghias..terima kasih..antara jawapan yang tersenarai adalah..


1. apa perasan sekarang
-tak ada perasan yang kusus kot..semua balance..

2. saya nak makan
-tak tau..x terpikir langsung dalam otak...tak berselera buat masa sekarang..

3. saya x suka
-bila masalah datang tak bagitau...cakap la awal2..mudah skit aku nak prepare@lari selamatkan diri..

4. impian saya
-aku dah letih dengan impian..dari kiri cepat jalan..

5. haiwan yg saya tidak suka
-sejenis tikus..pasal makhluk ni mengigit sesuka hati wayar speker aku..

6. saya harapkan
-kembali seperti biasa..aku ingin pulang

7. jika boleh diputarkan masa
-aku takkan ubah apa pun..kerana engkau tetap indah..(lirik lagu)

8. saya pada 10 thn akan datang
-macam sama 10 tahun lepas..

9. hp saya adalah
-menyakitkan hati..kalau buang kan padam muka aku..

10. saya pernah bercinta sebanyak
-tak biasa bercinta ni..tak tau apsal..org pompuan suke memilih sangat kot..nak yg kaya je..yg hensem..kesian kat aku..waiting in d dark..haha

11. saya suka pada
-mereka yang berbudi bahasa..x leh cakap baik2 ke..

12. kawan2 saya
-adalah yang selalu on d way...bila nak sampai ni..dah membatu aku kat sini..

13. pernah dikhianati
-kebiasaannya ada tapi boleh diabaikan..banyak benda lain nak kena pikir lagi..

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
-malas nak ambik tahu hal dia lagi..ada masalah lu punya hal..

15. senaraikan 8 orang untuk di tag
-8 orang yang bertuah ni aku bagi kat mak abah aku kat kampung dan adik beradik aku..selesai sudah..hehe

Masih Ingin Berjuang Sepertinya



Masih melangkah tanah itu masih membara
merintih jalan berlaung berliku membawa gelora
merintih kezaliman yang menderhaka bak subur manusia
apa dosa jika berdosa mana bicara

masih melambai merah masih anakan pertiwi
merintih duri berlopak kejam membawa amanah
merintih berjuang sepertinya tiada ingin penderhaka
apa dosa mereka berbicara seketika

Masih Lagi Tunangan

Assalamualaikum...seperti tarikh 1 ogos 2009 satu majlis pertunangan telah selamat diadakan bagi mengikat satu perjanjian untuk satu perkongsian hidup yang tidak ada tarikhnya lagi katanya..pertunangan adik aku yang paling sulung iaitu faizah dengan adnan..majlis adalah serba sederhana dan yang mana perlu sahaja katanya..baru aku faham sekarang sederhana tu macam mana..memang kalau perempuan kata sederhana memang menggerunkan...lupakan kisah gerun..berbalik pada calon2..dua2 adalah cikgu..dari keturunan upsi..daerah kelahiran tanah merah vs pasir puteh..tak jauh sangat...memang best jodoh family aku..semuanya orang kelantan..bermula ngan abag aku...tnh mrah vs tnh mrh..akak aku sulung dan no2..tnh mrh vs tnh mrh jgak..akak aku no3..tnh mrah vs kota bharu..akak aku no4..tnh mrh vs kuala krai..aku anak ke 6 msih lgi x dipinang..



Aku tak tahu nak cerita apa pasal bertunang..semua macam sama je...yang aku tahu hari tu no plate kereta aku hilang..terjatuh atau dijatuhkan..memang terhangin jugak pasal aku nak pegi beli ais...dengan semangat yang kental aku teruskan pergi tanpa memikirkan undang2 jalan raya pasal undang2 itu semakin hari semakin banyak...tapi accident semacam masih banyak lagi..lepas ni kena pakai helmet plak kot drive kereta..tersasar sikit dari cerita asal..berbalik kepada tunangan...

watak utama dalam majlis ni..selepas proses penyarungan cincin oleh mak bapak..sekeping je gambar pasal aku dalam mod kemalasan..zzzzzzzz(tertido plak)

1.8.09

Masih Ketawa Teresak-Esak


Assalamualaikum...Masihkah kita terasa mereka masih sebegitu...adakah kita seperti mereka sebegitu...masih ingin ketawa melihat sang pelangi melambai pergi..masih perlu menangis mencari mentari...apa yang diimpikan itulah yang ditinggalkan..

Berkurun sudah..masih aku terasa nak update blog..aku memang sentiasa nak update blog tapi sentiasa jugaklah aku tersangkut kat dunia yang lain..aku cuba cari balik dunia aku dan aku harap kali ni berjaya..bermula dengan bulan yang baru ni pengembaraan aku bermula..

Masih ketawa bilamana seminggu dua ni aku asyik layan gelak je..gelak sorang2...nanti ada yang sambung gelak kat belakang tu..aku geledah habis youtube tu kasi cari bahan2 untuk gelak..memang youtube sumber yang baik jika kita baik..apa pasal aku nak gelak sangat ni?..saja je nak cari pasal nak betulkan kordinat otak aku balik..biar selari balik..aku bukannya sedih sangat cuma nak cuba buangkan hati2 mereka yang sumbing..

Apa aku nak tulis aku tulis kemudian..kena tidur awal..hari ni adik aku nak btunang..jadi terpaksalah buat2 menyibuk skit..end

22.7.09

Masih Nak Jadi Pengantin


Assalamualaikum...Kau masih bermimpi..bersanding di pelamin..duda 3 kali..masih nak jadi pengantin..apa cerita..bukan bercerita..tak ada cerita nak cerita..saja aku letak lirik lagu aku dah bosan..macam best je lirik tu tang pengantin..tak ada kaitan dengan pengantin di atas..hanya penghias..aku dah tak tahu apa yang terjadi dengan aku..untuk mengelakkan blog ni bersawang dan berpenyakit aku update jugak..x ada cerita tapi aku ada lirik kat bawah...love story..korang boleh lah nyanyi untuk aku..end





Love Story

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony of summer air

See the lights,
See the party, the ball gowns
I see you make your way through the crowd
You say hello
Little did I know

That you were Romeo you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said:

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they know
So close your eyes
Escape this town for a little while

Cause you were Romeo I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said:

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they try to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real,
Don't be afraid
We'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes, oh,

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town I said:

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head, I don't know what to think
He knealt to the ground and pulled out a ring

And said:

Marry me Juliet you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh, oh

Oh, oh, oh, oh

Cause we were both young when I first saw you

20.7.09

Kawin Pok Lan & Ida

Assalamualaikum..Seperti yang telah terjadi sejak dahulu tatkala aku masih kecil penyakit kemalasan ni terus wujud..aku tidak tahu kisahnya dan tidak mahu kisahkan..apa yang aku tahu aku terpaksa hidup dan perjalanan seterusnya aku telah update hari ni..kat sini ada beberapa kenangan yang aku ada untuk dikongsi dan mungkin untuk aku ingati..perkawinan pok lan dan ida..berlangsung 4 julai 2009..sekeping je aku edit..terlalu malas nak edit..tak tahu apa hal..banyak sangat bercuti kot sampai kepala aku macam hanging..


baru berseri sikit muka pengantin..time akad nikah pucat semacam ..janji dah lepas..

Bergambar lepas abis akad nikah..semua kekawan serumah ada..kira pok lan orang pertama yang kawin..orang lain masih tak sedar diri..aku terkecuali pasal aku masih muda...

Malam akad nikah..bergambar untuk perabihkan stok baju dan stok memorycard dan bateri...stok baju dari pahlawan melayu sampai pahlawan jawa..pahlawan amoi pun ada..

hari persandingan...pengantin laki tngah tidur...pengapit laki senyum semacam je..mesti tengah tngok awek comel...berat mu ni jr..haha


makan beradab kenalah makan suap2..barulah beretika..lainlah kalu makan biadab..


bergambar bersama pengantin..suke sangat ayie dapat bunga telur..


bergambar outdoor kat tasik perdana..masalah betul photographer ni..kena paksa tidur atas rumput plak...x buat kan merajuk plak..ngadu kat mak adik plak..haha..aku rasa skill ni x berapa mencabar..kalau boleh lepas ni tidur atas highway plak...panjat trafik light...lompat bergalah..

pic ni kat tasik layang2 ke taman layang2..ke apa namanya aku x brape ingat..aku x menghadirkan diri pasal mu x ajak yie..mu lagi rela ajak awek2 mu dari sain2 mu..aku kecik hati ni..kalu mu baca blog ni tinggalkan kesan dulu..baru aku kurangkan mengutuk mu..sudohlah main fotopages tu...

bersempena musim buah ni kalu pengantin panjat pokok kan best..duduk bawah pokok pun jadilah..pic ni kat gua musang kot..aku x turut serta kerana masalah keluarga yang x dapat dihindari...

pic ni masih lagi kat tasik perdana..muka macam dah boring bergambar..letih tahap gaban..aku pun dah letih menaip..akhir kata selamat berbahagia kepada pengantin...